Rabb Beez adalah….

Kami adalah 3 orang adik- beradik iaitu Rabiatul Adawiyah(tengah),Qhusnul Khatimah(kanan) dan Luqman Haqeem(kiri) atas dasar kesepakatan kami untuk menceburi bidang perniagaan sebagai satu sunnah. Madu kelulut Rabb Beez kami usahakan sebagai perniagaan bersama keluarga. Munculnya nama madu kelulut Rabb Beez ini diilhamkan dari istilah “Rabb Beez” itu sendiri iaitu yang bermaksud “Aku Berniaga madu ini kerana Allah Ta ala”. Kami mula menceburi bidang industri madu kelulut ini berdasarkan dari pengalaman ibu bapa kami yang berkongsi bersama rakan mereka dalam bidang kelulut dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menimbulkan idea kami untuk menceburi industri ini dengan cara pengurusan dan pemasaran yang lebih sistematik dan berkesan.

Alhamdulillah idea dan usaha ini mendapat sokongan dan dorongan kuat daripada ibu bapa kami,maka lahirlah perniagaan madu kelulut jenama Rabb Beez ini. Justeru, dengan adanya Rabb Beez ini juga dapat membantu pembeli dan pengguna madu untuk mendapatkan madu yang asli pada harga yang berpatutan serta kami juga berharap dapat membantu dengan membuka peluang pendapatan untuk semua terutama sekali golongan muda,berpendapatan rendah,siswa atau siswazah kerana kami faham dan merasai keadaan yang sama dimana peluang pekerjaan tidak selari dan seiring dengan bidang masing-masing serta lambakan lepasan siswa dan siswazah. Seiring itu,kami juga dapat mencabar diri untuk menceburi perkara baru yang di luar dari bidang yang dipelajari.

Hubungi kami 

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami !!

Ikuti Kami di :

Mari berhubung