RABB BEEZ membuka peluang keemasan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan dengan menceburi bidang perniagaan mengikut kemampuan modal dan kemahiran masing-masing. Kami di RABB BEEZ menjalankan perniagaan berasaskan madu kelulut asli yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
PERANAN RABB BEEZ
Kami di RABB BEEZ, sebagai penternak lebah kelulut yang mengeluarkan produk berasaskan madu kelulut RABB BEEZ benar-benar menjaga kualiti madu kelulut yang dijual kepada pengguna dan kami berperanan sebagai penternak dan pengeluar yang mana kami akan memastikan setiap hasil tuaian madu kelulut kami menjalani ujian kualiti dan ketulenan dari makmal Genome Malaysia agar pengguna yakin dan berpuas hati dengan madu kelulut yang dikeluarkan oleh perniagaan kami.
STOKIS
Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan, anda jangan risau kerana kami di RABB BEEZ akan memberikan khidmat konsultasi kepada mereka yang berminat untuk membina perniagaan dengan menjadi stokis kami. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan anda boleh berniaga dari rumah atau premis mahupun secara atas talian (online).
LEPASAN GRADUAN & PELAJAR
Kami di RABB BEEZ faham akan kebimbangan lepasan graduan yang sukar mendapat pekerjaan mahupun mahasiswa/mahasiswi yang ingin mencari pendapatan sampingan tanpa menjejaskn rutin harian masing-masing. Kami di RABB BEEZ juga membuka peluang untuk anda menjadi droship kami dengan pendaftaran yang ringkas dan mudah . Kelebihan menjadi droship kami adalah anda tidak perlu memegang stok dan boleh berniaga secara atas talian mahupun secara luar talian@bersemuka. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengiklankan perniagaan Rabb Beez mengikut kreativiti masing-masing secara atas talian atau diluar talian.
Di samping itu, kami juga menawarkan skim graduan lepasan universiti yang mana seperti yang diketahui umum mencari pekerjaan sekarang bukanlah mudah. Oleh itu, kami menawarkan kepada semua lepasan universiti mahupun yang bukan lepasan universiti yang berminat boleh menyertai kami mengikut bakat/kemampuan masing-masing. Anda boleh menjadi dropship,stokis juga boleh menjadi penternak kelulut atau founder produk jenama sendiri mengikut bakat/kemampuan masing-masing.
Natijahnya, seperti yang kita lihat hari ini, perniagaan menjadi bidang yang diceburi ramai orang tidak kira usia kerana zaman IT ini memudahkan dan membuka ruang buat mereka yang mahu mengambil peluang untuk menjana pendapatan dengan jaringan perniagaan tanpa sempadan.

terbaik
wah banyak sangat tawaran dari Rabb Beez, saya dah pernah grab sekali promo New Year haritu, memang berbaloi sangat , Terbaik Rabb Beez
Bagaimana nak jadi agent atau stokis ye?
Boleh isi borang di website atau pm kami di mana mana platform social media Rabb Beez untuk menjadi agent atau stokist kami..