KHASIAT & KELEBIHAN MADU KELULUT

Kami di RABB BEEZ memahami tentang masalah madu tiruan atau madu campuran yang berleluasa di pasaran kini. Perkara ini menerbitkan usaha daripada pihak kami untuk mengeluarkan sendiri madu yang dijamin asli ketulenannya agar kita semua dapat menikmati madu yang asli serta bebas dari sebarang campuran pada harga berpatutan.

Sudah terbukti kelebihan tentang madu baik untuk kesihatan dan memang tidak dapat dinafikan lagi terdapat banyak kebaikan dan faedah mengamalkan pemakanan madu. Antaranya, madu dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana madu mengandungi Nitrogen Monoksida dan Hidrogen Peroksida yang mana dapat mencegah risiko terjadinya jangkitan pada luka. Bahkan madu juga dapat mencegah bekas luka seperti pembengkakan kerana kandungan antioksidan pada madu dapat menangkal radikal bebas pada jaringan luka dan mencegah pembentukan keloid. Selain itu, madu juga baik untuk kulit dimana madu boleh dijadikan sebagai pelembap kulit semulajadi bahkan disebabkan ia mengandungi antioksida maka madu juga adalah anti-penuaan dan membuatkan kulit lebih cerah dan sihat. Madu juga dapat membantu meningkatkan kesuburan dan imuniti manusia.

Selain itu, madu juga baik untuk pesakit diabetes kerana madu memiliki indeks glisemik (GI) yang lebih rendah daripada gula. Indeksi glisemik madu adalah 58, sementara gula memiliki indeks glisemik sebesar 60. Terdapat beberapa penelitian yang menunjukkan bahawa madu dapat merangsang respon insulin yang lebih baik jika dibandingkan jenis gula lainnya dan ini  dapat membantu tubuh melindungi risiko pankreas. Bukan itu sahaja, bahkan  ia juga dapat mengawal paras kolesterol di dalam badan dan dapat mencegah kerosakan sperma.

Di samping itu, madu juga baik untuk mata kerana dapat merawat mata yang kering dan dapat mengurangkan kedutan di mata bahkan bukan itu sahaja, madu juga dapat merawat penyakit mata seperti ulkus kornea yang berasal dari inflamasi dan traumatis , blepharoconjunctivitis, dan blepharitis ulseratif karena sifat antibakterianya. Selain itu, ia juga dapat mencegah penyakit Katarak mata dan juga dapat mengubati penyakit Katarak jika di fasa awal.

Seterusnya, madu juga bersifat sebagai antiobesiti dan ia dapat menghalang pergumpalan lemak di dalam badan. Satu kajian oleh Aziz, M., Giribabu, N., Rao, P. V., & Salleh, N. (2017). Pancreatoprotective effects of Geniotrigona thoracica stingless bee honey in streptozotocin-nicotinamide-induced male diabetic rats. Kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian madu ke atas perubahan berat haiwan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa pemberian madu  menunjukkan penurunan di dalam jisim indeks tubuh, peratus kenaikan berat dan indeks adipositi. Di samping itu, madu juga bersifat anti kanser kerana kajian telah dijalankan oleh Ahmad, F., Seerangan, P., Mustafa, M. Z., Osman, Z. F., Abdullah, J. M., & Idris, Z. (2019). Anti-Cancer Properties of Heterotrigona itama sp. Honey Via Induction of Apoptosis in Malignant Glioma Cells untuk mengkaji potensi madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah Heterotrigona itama di dalam perawatan kanser. Kajian ini mendapati bahawa madu kelulut dapat mencegah pengecutan nuklaer, kondensasi kromatin dan pemecahan nukleus. Bukan itu sahaja, bahkan madu juga dapat menguatkan daya ingatan yang mana amat sesuai jika diamalkan daripada muda untuk mencegah penyakit Alzheimer.

Akhir sekali, tidak dinafikan memang ramai diantara kita yang sudah pun menjadikan madu sebagai pengambilan wajib namun apa yang dibimbangi kami di RABB BEEZ  adalah ketulenan madu yang ada di pasaran. Oleh itu, pihak kami akan berusaha dalam memenuhi permintaan pasaran madu dengan madu yang diyakini ketulenannya pada harga berpatutan dan dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua.

 

3 thoughts on “KHASIAT & KELEBIHAN MADU KELULUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *