PENGENALAN MADU KELULUT
Segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT tiada yang sia-sia. Di antara ciptaanNya yang istimewa adalah lebah. Lebah merupakan serangga yang memainkan peranan penting jika dibandingkan dengan serangga yang lain. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila lebah dijadikan salah satu nama surah yang disebut di dalam Al-Quran iatu surah yang ke-16 yang dinamakan sebagai An-Nahl yang bermaksud lebah. Surah ini diturunkan di Mekah dan dinamakan sebagai An-Nahl atau lebah adalah kerana pada ayat 68, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
Lebah merupakan serangga yang istimewa kerana ia merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia. Al-Quran telah menjelaskan di dalam surah An-Nahl bahawa terdapat persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dan kitab suci Allah SWT iaitu Al-Quran Al-Karim, pada ayat 69 di mana Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah SWT) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
Di sini kita dapat lihat bahawa, madu berasal dari sari bunga dan boleh dijadikan sebagai penawar bagi penyakit manusia yang berbagai-bagai disebabkan oleh manfaat yang diperoleh daripadanya. Manakala, Al-Quran pula mengandungi inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu dan mengajarkan apa yang diperlukan oleh semua umat manuasia sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranannya dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah di seluruh dunia, dan ia boleh didapati di setiap benua kecuali Antartik. Antara jenis lebah yang menghasilkan madu ialah lebah kelulut atau juga digelar sebagai tribus meliponini. Ia merupakan lebah yang tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Madu lebah kelulut tulin dan asli sangat sesuai sebagai makanan tambahan kepada manusia kerana khasiatnya. Sifat lebah kelulut yang tidak menyengat itu membuatnya dikenali sebagai stingless bee honey. Ianya juga menghasilkan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Daripada kajian yang telah dijalankan di seluruh pelusuk dunia, dianggarkan sebanyak 500 spesies lebah kelulut yang telah ditemui, antaranya Geniotrigona Thoracica, Heterotrigona Itama, Lepidotrigona Terminata, Tetragonula Laeviceps, Tetrigona Apicalis dan lain-lain lagi. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika. Di negara kita Malaysia, terdapat lebih 29 spesies lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang sudah pasti memberikan kelebihan dan kebaikan tersendiri secara semulajadinya.
Kami di Rabb Beez menceburi bidang penternakan lebah kelulut dan memasarkan hasil madu kelulut dari ladang kami sebagai satu usaha untuk kita semua mendapatkan madu kelulut asli dan tulin tanpa sebarang campuran pada harga berpatutan untuk semua. Semoga kita semua akan mendapat manfaat dari hasil perkongsian ini.

Terbaik, nanti boleh saya repeat order dekat sini lagi… 😁
You need to take part in a contest for one of the highest quality websites on the net. I most certainly will highly recommend this website!
terbaik